
Ada aksi ada reaksi. Beginilah kehidupan terus berjalan tanpa bosan. Maraknya penyebaran pandangan umum yang negatif tentang Islam di tengah-tengah masyarakat yang disebarkan melalui pelbagai media massa telah menyebabkan keresahan bagi umat. Tidak cukup bagi kaum kafir yang memusuhi Islam untuk berusaha melemahkan bahkan merendahkan kaum Muslim dengan kata-kata sahaja. Lebih daripada itu, mereka tidak segan silu untuk melakukan pelbagai tindakan penghinaan dan penganiayaan terhadap umat Islam. Mereka sentiasa berfikir bagaimana membuat makar dengan pelbagai cara untuk menghancurkan Islam sehingga binasa. Beginilah gambaran ketakutan (sikap fobia) kaum kafir terhadap tanda-tanda kebangkitan Islam di tengah-tengah umat.
Hal tersebut adalah sebahagian dari reaksi yang muncul kerana banyaknya perjuangan penegakan Islam sekarang ini. Perjuangan tersebut akan sentiasa ada dan diperjuangkan oleh individu yang ikhlas. Mereka berjuang sehingga datangnya kemenangan atau sehingga nyawa terpisah dari jasad. Inilah perjuangan yang penuh dengan kemuliaan, iaitu perjuangan dalam rangka mengembalikan perisai dan pelindung umat Islam, Khilafah. Umat Islam selamanya tidak akan terjaga tanpa keberadaan Khilafah.
Sekaranglah masanya untuk saling mahu memahami, masanya untuk menyatukan fikiran dan hati, bergerak menyamakan langkah menyongsong kemenangan hakiki, masanya berjuang seperti yang pernah dicontohkan oleh Rasul SAW, iaitu dengan pemikiran, bukan kekerasan. Dengan begitu akan terbukti bahwa Islam adalah kebenaran mutlak dan pasti akan menang sebagaimana yang telah Allah SWT janjikan. Allah SWT berfirman (yang maknanya), Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, sementara Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya walaupun orang-orang kafir tidak menyukai [TQS AtTaubah (9) 32]. [] hy
0 Komentar